Ustaz Kazim Elias rayu bantuan, hidapi penyakit misteri di tangan

0
1045
Penyakit misteri yang dihidapi oleh Ustaz Kazim Elias

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias merayu bantuan orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang sedang dihidapinya ketika ini.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya, beliau turut memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan bahagian lengan kanannya seperti mengelembung.

“Sapa-sapa yang boleh tolong ubatkan saya…tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya hari ini.

Sementara itu, orang ramai yang komen dalam hantaran itu mendoakan semoga pendakwah terkenal itu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yg baik berterusan buat ustaz. Amin,” komen Raiman Ali.

“Semoga ustaz diberikan kesembuhan dan dalam lindungan Allah. Amin,” tulis Nena Ahmad.

Dalam pada itu terdapat juga warga maya yang menawarkan khidmat perubatan kepada beliau untuk merawat penyakit misteri itu.

“Ustaz sudah ambik sample biopsy ? , Kalau belum saya suggest ambil Biopsy dulu Insyallah kita boleh kesan punca “ Degeneration “ ini,” tulis seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Yazeed Hair Johari.

Malah terdapat juga komen yang mengaitkan penyakit itu disebabkan oleh perbuatan sihir.

“Sihir katak puru jenis ni, sihir katak puru dia akan merosakan saraf dan tulang manusia itu,” komen perawat alternatif yang dikenali sebagai Tok Singa.

Sementara itu satu komen yang dimuatnaik oleh pelakon terkenal, Aeril Zafrel menarik minat orang ramai apabila beliau bertanyakan sama ada gambar itu merupakan salah satu adegan dalam lakonan: ‘Shooting kan ni ustaz?” soalnya.

Ustaz Kazim sebelum ini dilamar oleh Mawi untuk berlakon dalam satu filem berjudul Zimzim Ala Kazim.

Filem yang diarahkan oleh Mawi yang turut dibingangi Ustaz Kazim

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada gambar yang dimuatnaik itu merupakan salah satu adegan dalam filem berkenaan atau pendakwah itu benar-benar memerlukan rawatan akibat penyakit misteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here