Ustaz Kazim kongsi cerita sebenar di sebalik gambar lengannya

0
92
Tangkap layar perkongsian Ustaz Kazim menerusi TikToknya hari ini.

CYBERJAYA – Selepas menerima kritikan mengenai perkongsian sekeping gambar yang dikatakan hanya kesan solekan untuk tujuan penggambaran, pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias hari ini tampil menjelaskan perkara itu menerusi akaun Tik-Toknya.

Dalam hantaran bertajuk ‘Cerita Sebenar’ itu, Kazim berkata, masalah kulit yang dikongsikan semalam itu adalah realiti pada apa yang berlaku kepadanya.

Bahkan kesan penyakit yang kelihatan seperti kulit katak puru itu hanya sebahagian kecil daripada penderitaan yang dialaminya.

Katanya, ada ketika yang mana bahagian muka dan anggota badan yang lain tiba-tiba mengeluarkan darah sehingga menitik-nitik.

“Mereka kata saya prank orang dengan gambar itu dan ada yang kata itu hanya berlakon.

“Hakikatnya itulah yang berlaku pada saya sekarang pun. Sama seperti ‘scene’ saya kena sihir.

“Tapi saya sembunyikan, saya top-up dengan make-up. Hari ini saya ceritalah keadaan sakit saya sebab rasanya saya dah tak boleh lagi dah simpan benda itu,” katanya.

Ustaz Kazim mendedahkan beliau tetap menerima jemputan ceramah dalam keadaan mukanya terpaksa di make-up kerana kesan penyakit dialaminya.

Menurut Kazim, tujuan beliau berkongsi masalah kulit pada bahagian tangan itu adalah kerana ia sama dengan apa yang berlaku di bahagian lain di badannya.

Cuma katanya, beliau tidak boleh mendedahkan penyakit pada bahagian-bahagian yang dikategorikan sebagai aurat kecuali kepada ahli keluarga terdekatnya.

“Takkan saya nak tunjuk aurat saya dalam Facebook saya, benda itu jadi di sini, benda tu jadi tang sana, benda itu aib kepada saya.

“Jadi saya ambil kiasan itu untuk tunjuk apa yang terjadi pada badan saya yang selama ini saya sembunyikan.

“Kalau tuan-tuan tengok dengan dekat, muka saya ni penuh dengan top-up (make-up), ada foundation di sana sini,” katanya dalam hantaran yang mendapat 26,000 tanda suka.

Kazim semalam memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan bahagian lengannya seperti menggelembung dengan kapsyen meminta bantuan perubatan bagi merawat penyakitnya itu.

Beliau sebelum ini dikatakan menderita akibat perbuatan sihir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here