Walaupun jarang beraksi, De Paula dipanggil ke kem latihan skuad negara

0
31
Senarai Skuad Harimau Malaya

CYBERJAYA – Walaupun jarang mendapat tempat untu beraksi dalam kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula tetap terpilih dalam senarai 29 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya yang bermula 19 Mei ini.

Senarai itu yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang aksi persahabatan menentang Myanmar dan Hong Kong masing-masing pada 27 Mei dan 1 Jun hadapan.

Seterusnya kesemua pemain yang dipilih itu juga akan dipertaruhkan untuk beraksi dalam tiga perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun 2022), Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022) yang mana kesemuanya akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dalam pada itu daripada senarai itu ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon turut mengekalkan 20 pemain daripada aksi FAS Tri-Nations Series sebelum ini dan memanggil sembilan pemain baharu.

Tiga pemain pula iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, Ramadhan Saifullah Usman dan Zhafri Yahya diletakkan dalam senarai bersedia manakala dua lagi pemain iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Quentin Cheng kini bersama skuad B-23 kebangsaan di Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Sembilan pemain baharu yang dipanggil kali ini ialah Matthew Davies, Afiq Fazail, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Junior Eldstal, Norshahrul Idlan Talaha dan Guilherme de Paula, termasuk Syahmi Safari dan Darren Lok yang tidak dapat bersama pada kem latihan pusat, Mac lalu serta Nazmi Faiz Mansor.

Daripada senarai 40 pemain, 29 pemain dipanggil dan 11 pemain dalam senarai bersedia.

Hanya seramai 23 pemain akan didaftarkan dalam senarai pendaftaran akhir bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 manakala baki 17 pemain lain tetap perlu bersedia untuk dipanggil sekiranya terdapat perubahan pada senarai akhir tersebut.

Berikut senarai 29 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya:

1.MOHD FARIZAL MARLIAS: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

2.MUHAMMAD SYAHMI SAFARI: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

3.SHAHRUL MOHD SAAD: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

4. CORBIN-ONG LA’VERE LWARENCE: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

5. MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

6.MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

7. SAFIQ RAHIM: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

8.ARIF AIMAN MOHD HANAPI: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

9.MUHAMMAD SAFAWI RASID: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

10.MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

11.MOHAMADOU SUMAREH: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

  1. MATTHEW DAVIES: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

13. MOHD AFIQ FAZAIL: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

14. GUILHERME DE PAULA LUCRECIO: JOHOR DARUL TA’ZIM FC

15.KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI: PETALING JAYA CITY FC

16. KOGILESWARAN RAJ A/L MOHANA RAJ: PETALING JAYA CITY FC

17. DARREN YEE DENG LOK: PETALING JAYA CITY FC

18. KHAIR MUHAMMAD JEFRI JONES: NEGERI SEMBILAN FC

19.AHMAD KHUZAIMI PIEE: NEGERI SEMBILAN FC

20.AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED:
NEGERI SEMBILAN FC

21.MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM: TERENGGANU FC

22.MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID
: SELANGOR FC

23. MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD: KEDAH DARUL AMAN FC

24. DOMINIC TAN JUN JIN: SABAH FC

25. MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH: SRI PAHANG FC

26 DION-JOHAN COOLS: SV ZULTE WAREGEM

27. LIRIDON KRASNIQI: ODISHA FC

28.JUNIOR ELDSTAL: CHONBURI FC

29. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA: MELAKA UNITED FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here