Wartawan kanan Al-Jazeera maut ketika buat liputan di Jenin

0
25

JERUASALEM – Seorang wartawan kanan Al-Jazeera maut ketika sedang membuat liputan penyerbuan tentera rejim Zionis di bandar Jenin, hari ini.

Shireen Abu Akleh yang mengalami kecederaan parah di kepala selepas didakwa terkena tembakan tentera Israel, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima raawatan di hospital.

Seorang lagi wartawan akhbar al-Quds yang tidak dinamakan, turut tercedera dalam kejadian itu.

Pihak Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan ringkas menyebut, wartawan tersebut ditembak oleh tentera Israel.

Pihak Israel, bagaimanapun, belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.

Kebelakangan ini, rejim Zionis melancarkan serbuan secara harian ke bandar di Tebing Barat itu berikutan peningkatan serangan ke atas rakyat Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here