XPDC Kita Peng Yu bakal ubati kerinduan peminat di Malakat Mall petang ini 

0
103
Vokalis XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim

CYBERJAYA –  Kumpulan rock legenda tanah air, XPDC bakal mengubat rindu peminat muzik rock dengan hadir membuat persembahan sempena Hari Rock Negara di Malakat Mall hari ini.

Kemunculan itu turut dihangkatkan lagi dengan acara pemberian anugerah JOOX kepada XPDC di pusat beli belah itu.

Menurut penganjur Hari Rock Negara, Kom Batt, kumpulan muzik rock terkenal itu akan hadir bersama vokalis terkenal mereka iaitu Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim pada hari kedua penganjuran karnival itu.

“Selain itu, ada pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan pada hari ini antaranya pertandingan battle of the band, jualan barangan muzik serta persembahan busking,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, legenda rock terkenal itu juga akan berkongsi kisah perjalanan mereka dalam satu segmen bertajuk Titian Perjalanan Kami pada pukul 3 petang ini.

Dalam pada itu, Kom Batt mengajak orang ramai hadir beramai-ramai ke Malakat Mall pada hari ini untuk memeriahkan lagi Hari Rock Negara.

Beliau berkata, masuk adalah percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here