
CYBERJAYA – Zulkifli Kassim atau lebih dikenali sebagai ‘Van Halen Malaysia’ berkongsi pengalamannya mengahasilkan muzik untuk pengarah filem legenda, Allahyarham Mamat Khalid, sempena Hari Rock Negara di Malakat Mall baru-baru ini
Menurut beliau, Allahyarham telah mempelawanya untuk menghasilkan lagu tema bagi filem Hantu Kak Limah meskipun dia sudah bersara.
“Pada mulanya saya dipelawa untuk makan durian bersamanya di Tanjung Malim dan tiba-tiba Allahyarham suruh saya buat lagu tema (OST) untuk filemnya, Hantu Kak Limah dan akhirnya filem tu box office,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan gitaris kumpulan Headwind berkata, acara Hari Rock Negara ini perlu diadakan pada setiap tahun kerana dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke Malakat Mall.
“Best acara ini memang kena buat tiap-tiap tahun atau kena buat tiap enam bulan sekali sebab boleh eratkan silatrurahim memang best la Malakat Mall buat event macam ni
“Sekarang Malakat Mall dah ada pengalaman, mereka boleh panggil siapa yang dah terlibat dalam acara ini kita duduk satu meja dan boleh bincang untuk bagi idea yang lebih bagus,” katanya.
Selain itu, rata-rata pengunjung juga berasa kagum melihat teknik petikan gitar yang dimainkan olehnya semasa forum bual bicara santai di Malakat Mall baru-baru ini.