2 lelaki dengan 57 rekod jenayah ditangkap polis

0
43
Dua lelaki yang memiliki beberapa butir peluru hidup, kelongsong dan senjata berbahaya ditahan polis di Jalan Stapok, Bandar Baru Batu Kawa (MJC) di sini, semalam. Kredit gambar IPD Kuching.

KUCHING – Polis memberkas dua lelaki kerana memiliki beberapa butir peluru hidup, kelongsong dan senjata berbahaya di Jalan Stapok, Bandar Baru Batu Kawa (MJC) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek yang berusia 20-an dan 30-an ditangkap oleh anggota dari Balai Polis Sungai Maong selepas berjaya menahan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka.

“Berlaku kejar mengejar di antara kenderaan dinaiki kedua-dua suspek dengan kenderaan polis di Jalan Tawi Sli sebelum kedua-dua suspek berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Antara barang berbahaya yang ditemui

Dalam pada itu katanya, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan yang dinaiki suspek menemui pelbagai jenis senjata berbahaya seperti pisau rambo, parang dan samurai.

Katanya, turut ditemui satu tali pinggang mengandungi beberapa butir peluru hidup yang belum digunakan dan juga kelonsong peluru.

Sementara itu Ahsmon berkata, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10, 000 bagi setiap kesalahan.

Tambahnya, permohonan reman akan dibuat terhadap kedua-dua suspek.

Selain itu, katanya, kedua-dua suspek juga masing-masing mempunyai 38 dan 19 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here