4 warga Nepal sokong penghinaan Nabi ditahan

0
34
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki warga Nepal yang terbabit dalam video menyokong tindakan pemimpin parti di India yang menghina Nabi Muhammad baru-baru ini.

Penahanan dibuat selepas video berdurasi 18 saat tersebut tersebat di TikTok, Facebook dan Whatapps dengan menunjukkan sekumpulan lelaki berkumpul di depan sebuah kuil sambil menyatakan sokongan kepada ahli politik parti Bharatiya Janata bernama Nupur Sharma.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek yang berusia antara 26 hingga 27 tahun itu ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini.

“Polis telah merampas peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan.

“Polis kini sedang berusaha untuk mengesan suspek yang masih bebas. polis menggesa individu yang terbabit dalam rakaman video berkenaan untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abd Jalil, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here