5 beranak maut nahas kereta bertembung treler

0
69
5 mangsa maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori treler berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, di sini hari ini.

KUANTAN – Lima beranak termasuk seorang bayi maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori treler berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut dikenali Muhammad Rosli Ibrahim, 33; Nor Afikah Abdullah Sani, 35; Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7, Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6 dan seorang bayi yang belum dikenal pasti identiti.

Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan kereta Toyota dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan dan sebuah treler pada pukul 3.40 petang.

Gambar terkini mangsa yang maut dalam nahas ngeri tersebut

“Apabila sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba kereta itu memasuki laluan treler yang berada di laluan Kuantan-Segamat.

“Pemandu treler cuba mengelak ke kiri jalan tetapi disebabkan jarak terlalu dekat, treler itu melanggar di bahagian hadapan kereta.

“Akibat pelanggaran, pemandu dan empat penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler berusia 26 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 13 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan dan Taman Tas, di sini bergegas ke lokasi kemalangan.

“Lima mangsa di dalam kereta dikeluarkan anggota menggunakan peralatan menyelamat.

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here