Agong selamat jalani prosedur intervensi

0
16
Al-Sultan Abdullah

CYBERJAYA – YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dengan jayanya, pada Isnin lalu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Al-Sultan Abdullah kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

“Ekoran daripada prosedur tersebut, baginda selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan.

“Seri Paduka turut dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara pada hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Isnin lalu, Istana Negara berkata, Yang di-Pertuan Agong berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di ibu negara.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here