Ahli keluarga Utusan Melayu berhimpun meriah dalam majlis Aidilfitri UtusanTV

0
39
Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah (tiga dari kanan) bergambar bersama bekas Editor dan wartawan serta kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd pada Majlis Silaturahmi Aidilfitri UtusanTV di Pejabat UtusanTV, Kompleks Campbell, semalam. GAMBAR: UtusanTV

KUALA LUMPUR – Lebih 300 bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad dipertemukan dalam Majlis Silaturahim Aidilfitri anjuran UtusanTV yang berlangsung dalam suasana penuh meriah semalam.

Majlis yang diadakan di pejabat UtusanTV di Kompleks Campbell itu merupakan perhimpunan pertama dan terbesar selepas penutupan operasi syarikat akhbar tertua itu sejak penghujung 2019.

Antara yang hadir memeriahkan majlis bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Johan Jaffar; Datuk Aziz Ishak, bekas Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pegawai dan Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang juga bekas Pengarang Kanan Utusan, Datuk Dr. Chamil Wariya.

Turut hadir bekas pengarang kanan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Ku Seman Ku Hussain; Zin Mahmud dan Ahmad Abd. Hamid, bekas pengurus bahagian pentadbiran, bekas wartawan dan jurufoto.

Kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd pada Majlis Silaturahmi Aidilfitri UtusanTV di Pejabat UtusanTV, Kompleks Campbell, GAMBAR: UtusanTV
Datuk Jamal Abdillah turut hadir menghiburkan para tetamu pada Majlis Silaturahmi Aidilfitri UtusanTV di Pejabat UtusanTV, Kompleks Campbell, semalam.

Majlis diserikan dengan persembahan artis popular, Datuk Jamal Abdillah bersama anaknya, Yamani Abdillah.

Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah berkata, majlis diadakan untuk mempertemukan ahli-ahli ‘Keluarga Utusan’ yang telah lama tidak bersemuka dalam satu majlis sempena sambutan Aidilfitri.

“Dalam kemeriahan Syawal yang masih berbaki, kami berharap pertemuan yang cukup bermakna ini diharap dapat menyatukan kita semula sebagai satu keluarga.

“Insyallah UtusanTV akan menganjurkan acara seperti ini pada masa-masa akan datang,” katanya.

UtusanTV yang dimiliki oleh Kumpulan Shahadu merupakan salah satu daripada pemain media baharu yang menawarkan berita semasa, ekonomi, hiburan dan analisis politik.

Saluran berita di platform web dan sosial media itu popular melalui saluran TikTok dengan 1.1 juta pengikut.

Bekas kakitangan Utusan bergambar bersama Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah (tiga dari kiri) dab bekas Ketua Pengarang Datuk Aziz Ishak (empat dari kiri).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here