Air Selangor tawar peluang menangi Proton X50

0
19

CYBERJAYA – Pemilik akaun perkhidmatan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kini berpeluang memenangi hadiah Proton X50 melalui pendaftaran e-bil bermula 10 Mei hingga 30 November ini.

Pengurusan Air Selangor memaklumkan pelanggan hanya perlu melengkapkan pendaftaran melalui https://update.airselangor.com/ dan mengisi butiran seperti nama, alamat dan nombor akaun bekalan air.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, agensi memaklumkan pelanggan perlu membayar bil air setiap bulan dan memastikan tiada bil tertunggak sepanjang tempoh pertandingan.

“Pelanggan yang selesai mendaftar e-bil akan menerima kod rujukan dari Air Selangor dan perlu berkongsi kod rujukan berkenaan kepada keluarga dan kenalan,” katanya.

Mereka yang mempunyai kod rujukan paling banyak digunakan akan berpeluang menjadi pemenang. Maklumat lanjut boleh layari http://taptap.airselangor.com/ .

Maklumat lanjut mengenai e-bil boleh dibuat dengan menghubungi Air Selangor di facebook @AirSelangor atau twitter @air_selangor atau hubungi hotline di 15300.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here