Alat memasak stimbot meletup, 4 sekeluarga cedera

0
34
Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kebakaran selepas alat memasak stimbot meletup semalam. Kredit gambar JBPM Sabah.

KOTA KINABALU – Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak cedera apabila sebuah alat memasak jenis stimbot di sebuah restoran di Alam Mesra di sini meletup malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 9.06 malam dan 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan pada kulit akibat letupan dapur alat memasak stimbot ketika mula dihidupkan,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Beliau berkata, mangsa kanak-kanak yang cedera dihantar orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

“Mangsa dewasa diberi rawatan awal pihak Kementerian Kesihatan di lokasi sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Pihak bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di restoran berkenaan bagi memastikan tiada unsur bahaya dan operasi ditamatkan pada 9.41 malam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here