Arab Saudi sambut Aidiladha pada 9 Julai ini

0
9
Gambar hiasan

RIYADH – Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 9 Julai ini.

Menurut agensi berita Saudi Gazette yang memetik kenyataan Mahkamah Agung negara itu, ia selepas anak bulan dapat dilihat di Balai Cerap Tamir, di sini.

Menurut kenyataan Mahkamah Agung Arab Saudi, Hari Arafah yang juga kemuncak ibadah haji ditetapkan pada Jumaat (8 Julai).

Hari Arafah adalah waktu bagi jemaah haji melaksanakan wukuf di Arafah, mulai dari terbenamnya matahari (waktu zuhur) pada tanggal 9 Zulhijjah sampai fajar terbit pada tanggal 10 Zulhijah.

Bagi umat Islam yang tidak sedang melaksanakan haji, disunatkan untuk melaksanakan Puasa Arafah saat tanggal 9 Zulhijah.

Sementara itu, beberapa negara Islam mengumumkan permulaan sambutan Aidiladha sama ada pada 9 Julai atau 10 Julai, bergantung kepada anak bulan Zulhijjah pada petang semalam.

Hari pertama Aidiladha di kebanyakan negara Arab dan Islam akan disambut pada 9 Julai ini, manakala beberapa negara di Asia Tenggara mula meraikannya sehari kemudian.

Islam, Malaysia, dan Brunei masing-masing mengumumkan Aidiladha pada 10 Julai, memandangkan tidak melihat anak bulan Zulhijjah, petang semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here