Bekalan ayam dijangka pulih dalam masa sebulan

0
11
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Isu kekurangan bekalan ayam di pasaran dijangka akan pulih dalam masa sebulan.

Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan momentum pemulihan pengeluaran ayam pada masa ini.

“Kami menjangkakan jurang bekalan dan permintaan akhirnya akan pulih dan bekalan sepatutnya akan memenuhi permintaan dalam masa sebulan,” kata persatuan penternak itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, persatuan itu menekankan, industri tersebut masih terbeban dengan kekurangan tenaga kerja dan kenaikan minimum 40 peratus terhadap bahan mentah makanan ayam yang diimport.

Pada 27 Mei lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid berkata, isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlaku ketika ini dijangka dapat diselesaikan awal bulan ini.

Beliau berkata, setakat ini gangguan kekurangan bekalan ayam di sesetengah kawasan sudah semakin pulih.

Dalam pada itu, persatuan penternak yakin masalah bekalan ayam akan dapat diselesaikan dan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here