Betulkan niat dalam mencari ilmu

0
25
DR. AYMAN AL-AKITI

CYBERJAYA – Mementingkan kekayaan, harta dan pangkat sebagai fokus dalam mencari ilmu merupakan satu niat yang salah kerana fahaman tersebut merupakan sebahagian daripada elemen sekularisme.

Menurut Assistant Professor, Kuliyyah of Islamic Revealed, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Ayman al-Akiti, walaupun umumnya fahaman sekularisme ditolak oleh orang Islam di Malaysia, namun tidak ramai yang menyedari bahawa idea tersebut digunapakai dengan meluas dalam pendidikan.

“Dalam fahaman sekularisme, keupayaan kognitif dan adab dipisahkan.

“Oleh sebab itu, golongan masakini mengutamakan kemampuan mengumpul kekayaan, harta dan pangkat sebagai niat dalam mencari ilmu,” kata Dr. Ayman.

Beliau berkata demikian ketika muncul dalam program webinar Pendidikan Dakwah Islamiyah berjudul Tradisi Pedagogi Islam, hari ini.

Webinar tersebut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Raudhah College.

Selanjutnya, Dr. Ayman berkata, ilmuwan Islam sudah menggariskan proses pencarian ilmu yang selari dengan tuntutan agam.

“Terdapat adab dalam menuntut ilmu, dan kesemuanya sudahpun digariskan oleh para ulama senbelum ini,” tambahnya.

Beliau menjelaskan, niat paling tinggi dalam mencari ilmu adalah bagi mendapatkan keredhaan Allah.

“Yang kedua, adalah berniat bagi menghilangkan kejahilan, manakala yang ketiga adalah kerana melaksanakan perintah Allah,” kata Dr. Ayman lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here