Bincang dulu dengan KBS dan PSM sebelum adakan perlawanan 

0
24
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk menentukan lokasi perlawanan peringkat antarabangsa pada masa akan datang

Menurut menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu penggunaan lebih dari satu stadium boleh dilaksanakan bagi acara-acara perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa sebagai langkah memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada dalam keadaan baik.

“Keadaan padang SNBJ pada perlawanan Malaysia menentang Bahrain tempoh hari sudah dijawab dengan jelas oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bahawa sistem saliran stadium dalam keadaan baik.

“Semua sedia maklum bahawa pertandingan ini di uruskan oleh pihak AFC dengan kerjasama FAM, bukan Kementerian Belia dan Sukan, bukan PSM. Jadi rakyat kena faham itu dulu sebelum nak marah pada menteri.

“Mungkin kita boleh gunakan beberapa stadium untuk kejohanan seperti ini contohnya bagi perlawanan tidak melibatkan ramai penonton seperti Turkmenistan melawan Bangladesh, kita boleh gunakan stadium Kuala Lumpur dan SNBJ boleh digunakan untuk perlawanan melibatkan pasukan negara kita,” katanya

Terdahulu, padang di SNBJ rosak teruk dalam pertemuan Malaysia menentang Bahrain baru-baru ini.

Dalam pada itu, ada juga petugas yang menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here