Brainy Bunch dapat tawaran buka cawangan di Sendayan, Negeri Sembilan 

0
37

Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, memberikan ucapan semasa Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Raudhah College dengan Majlis Dakwah Negara (MDN) yang diadakan di perkarangan Malakat Mall di sini, hari ini. Kredit foto : Amir Afiq Jamaluddin.

CYBERJAYA – Institusi Pendidikan Montessori Brainy Bunch dipelawa untuk membuka cawangan baharu di Sendayan, Negeri Sembilan.

Menurut Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, tawaran untuk membuka cawangan sekolah baharu itu membabitkan sewaan di bangunan sekolah antarabangsa sedia ada di kawasan itu.

“Sekarang ini kami dapat tawaran untuk mengembangkan lagi Sekolah Antarabangsa Brainy Brunch di Sendayan, Negeri Sembilan, sekolahnya besar dan mempunyai pelbagai fasiliti tapi bukan Islam.

Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim (tengah) melakukan lawatan ke Matrix Global Schools beberapa hari lepas di Sendayan, Negeri Sembilan. 

“Mereka (sekolah antarabangsa di Sendayan) berkata, kami tahu anda memberi fokus pembelajaran Islamik dan awak boleh ambil satu blok dan berkongsi fasiliti dengan kami selepas itu boleh bayar sewa ikut berapa awak nak bayar,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Raudhah College dengan Majlis Dakwah Negara (MDN) yang diadakan di perkarangan Malakat Mall di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, berkata, sekolah antarabangsa yang berkeluasan 20 ekar itu hanya mempunyai 600 orang pelajar pada ketika ini.

Untuk rekod, Brainy Bunch yang ditubuhkan kira-kira 13 tahun lalu kini mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh negara.

Selain itu, Brainy Bunch juga mempunyai cawangan di Turkey, Singapura, Brunei, Palestin dan Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here