Bubar Parlimen: PAS cadang tidak perlu terburu-buru

0
17
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU – PAS berpendapat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak perlu diadakan dalam keadaan terburu-buru kerana mahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan masa lebih panjang sebagai Perdana Menteri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Ismail Sabri perlu diberikan masa yang lebih lama untuk membuktikan peranannya sebagai Perdana Menteri dan parti itu sedia menunggu kata putus mengenai pembubaran Parlimen.

Justeru, beliau berpandangan tarikh yang sebaiknya untuk pembubaran adalah selepas habis penggal.

“Kalau buat PRU-15 sekarang, rakyat tidak nampak kesannya. Saya rasa baik beri peluang dulu kepada beliau supaya dia boleh buktikan, tak perlu terburu-buru,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Yaakob berpendapat ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan PRU-15 berikutan masalah kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi.

Tambah Mohd Amar, desakan yang dibuat beberapa pihak untuk membubarkan Parlimen bukanlah satu masalah kerana keputusan masih berada di tangan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Orang lain nak desak terpulanglah, (tetapi) kita bersama dengan PM. Kalau PM kata bubar, bubarlah dan begitulah juga sebaliknya.

“Benda tu (bubar parlimen) adalah ‘privilege’ (keistimewaan) PM (Perdana Menteri) dan Kabinet, mereka yang bincang buat dan keputusan, kita hanya bagi pandangan.

“Orang desak pun setakat desak sahaja, kalau PM (Perdana Menteri) tak bubar, tak bubarlah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here