“Coach tidurkanlah de Paula” – Penyokong Harimau Malaya 

0
118
Penyerang Harimau Malaya, Guilherme de Paula.

KUALA LUMPUR – Menjelang perlawanan terakhir kumpulan E bagi kelayakan Piala Asia yang menemukan Malaysia dan Bangladesh pada malam ini, rata-rata penyokong mengharapkan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon merehatkan penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula.

Menurut salah seorang penyokong Malaysia yang hadir hari ini, Pauzi Seman, 56, dia mengharapkan jurulatih skuad Malaysia untuk “menidurkan” De Paula untuk perlawanan pada malam ini.

Penyokong Malaysia, Pauzi Seman, 56

“Taktikal coach Pan Gon sangat baik tapi saya harapkan dia untuk tidurkanlah De Paula pada perlawanan malam ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dia yang juga berasal dari Kelantan mengharapkan pasukan Malaysia untuk menang dalam perlawanan malam ini.

“Saya harap Malaysia dapat menang sekurang-kurangnya 1-0, kalau dapat 3-0 pun lagi okay,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, penyokong Bangladesh juga dilihat mengharapkan pasukan mereka untuk menang malam ini.

Menurut penyokong Bangladesh, Ridwanul Arte, dia menjangkakan Bangladesh bakal memenangi perlawanan malam ini dengan jaringan 1-0.

Penyokong Bangladesh, Ridwanul Arte

“Saya datang dari Mount Kiara hari ini, bos bagi cuti untuk tengok perlawanan antara Malaysia dan Bangladesh.

“Saya harapkan Bangladesh menang 1-0 malam ini,”ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here