Covid-19: Jangkaan berdepan gelombang baharu, golongan berisiko digalak ambil dos booster kedua

0
31
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Malaysia dijangka mengalami gelombang baharu Covid-19 dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggalakkan golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu berpenyakit kronik bagi mendapatkan dos penggalak kedua bagi meningkatkan imuniti mereka.

“Sejauh mana gelombang itu atau sebesar mana gelombang itu kita tidak pasti tetapi berdasarkan perkembangan epidemiologi negara-negara lain menyatakan gelombang jangkitan itu akan berlaku,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di Petaling Jaya, hari ini.

“Sebab itu dalam kategori tertentu, mereka yang berusia dan mengalami masalah kesihatan yang kronik digalakkan untuk top up imuniti mereka melalui penambahan dos vaksin,” katanya lagi.

Tambahnya, setakat semalam, seramai 107,844 orang di Malaysia telah menerima suntikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 dan 57,834 daripada jumlah itu terdiri dalam kalangan individu berusia 60 tahun ke atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here