Dataran Putrajaya bergema sorakan penyokong Harimau Malaya

0
95
Antara penyokong cilik yang turut hadir pada majlis tontonan di Dataran Putraja, malam tadi.

PUTRAJAYA – Kira-kira 1,500 penyokong Harimau Malaya berhimpun di Dataran Putrajaya di sini, bagi menyaksikan perlawanan bola sepak di antara pasukan kebangsaan menentang Bangladesh, malam tadi.

Perlawanan Kelayakan Piala Asia tersebut yang dipertontonkan menerusi layar besar itu, dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bersama Astro Awani, dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Kelab Belia Wawasan Putrajaya.

Turut diadakan, cabutan hadiah bertuah yang diadakan pada waktu rehat perlawanan dan selepas perlawanan.

Untuk rekod, perlawanan berakhir dengan keputusan 4-1 memihak kepada Harimau Malaya, sekaligus menyaksikan pasukan kebangsaan berjaya melangkah ke Piala Asia secara merit buat pertama kali dalam masa 42 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here