Edar air ketum, suri rumah ditahan

0
15
GAMBAR HIASAN

ARAU – Seorang suri rumah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam, kerana dipercayai menjadi pengedar air ketum.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt. Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis menemukan 150 bungkusan plastik dan sembilan botol berpenutup dipercayai mengandungi air ketum di lantai tandas di bahagian dapur rumah.

“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek terlibat menjual air ketum dengan harga RM4 sebungkus dan RM10 sebotol di sekitar kawasan Kampung Baru Kepala 10 Tambung Tulang,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, suspek yang berumur 40 tahun itu dipercayai mula aktif menjual air ketum sejak enam bulan lepas.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 Jun.

“Barang rampasan dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here