Fail saman satu cubaan halang proses siasatan – Pengerusi Save Kelantan 

0
15
Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa.

CYBERJAYA – Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman oleh Syarikat Al Dar Resources dan pemiliknya, Haffiz Mohd Rasdin.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook mililknya berkata, telah mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman itu kerana ia merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Tindakan saman ini adalah pra-matang memandangkan siasatan oleh Jabatan Perhutanan dan SPRM ke atas isu tebangan balak secara haram di kompartmen 25 dan 26 HSK Nenggiri belum selesai.

“Ini adalah cubaan untuk menghalang terdedahnya kegiatan yang menyalahi undang-undang pihak yang masih belum ditentukan terlibat dalam kes kecurian balak itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), berkata, Saman itu adalah satu gangguan terhadap tugasnya dalam menjalankan tugas melindungi kepentingan awam.

“Saya tidak akan berganjak dalam usaha saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri Kelantan dan akan memastikan pihak yang terlibat di bawa ke muka pengadilan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Syarikat Al Dar Resouces Sdn Bhd dan pemiliknya memfailkan saman dengan tuntutan ganti rugi berjumlah RM60 juta terhadap Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa.

Saman tersebut merujuk dua hantaran di Facebook Husam Musa pada 3 dan 6 Jun lalu yang didakwa tidak benar dan telah menjatuhkan imej dan reputasi baik syarikat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here