Gas toksik bocor, 13 terbunuh

0
28
Petugas keselamatan yang lengkap berpakaian perlindungan sedang cuba memasuki kawasan insiden.

AMMAN – Sebanyak 13 pekerja pelabuhan dilaporkan terbunuh manakala 251 lagi tercedera dalam insiden kebocoran gas toksik di Pelabuhan Aqaba, semalam.

Laporan portal The Guardian menyebut, kebocoran tersebut berlaku ketika kerja mengalihkan kontena berisi klorin sedang dilaksanakan.

Rakaman video litar tertutup di pelabuhan itu menunjukkan, kabel kren yang sedang mengangkat kontena itu terputus, menyebabkan muatan itu jatuh terhempas lalu pecah.

Pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya pensuduk di sekitar kawasan itu supaya tidak meninggalkan kediaman mereka dan memastikan pintu dan tingkap ditutup.

Kesemua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di dua buah hospital, dengan salah satunya merupakan hospital medan yang dibuka berikutan kemalangan itu.

Klorin digunakan dengan meluas dalam proses rawatan dan nyahkuman air, tetapi jika dihidu, gasnya boleh bertukar kepada asid hidroklorik yang boleh menyebabkan penghakisan pada organ dalaman badan seperti saluran trakea dan paru-paru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here