Golongan dewasa semakin meminati animasi – Pengarah RoboZeta 

0
100
Gambar hiasan.

KAJANG – Tahukah anda negara Jepun menjana keuntungan sebanyak RM42 bilion hasil daripada industri animasi mereka?

Industri animasi Malaysia pada masa ini sedang berkembang dengan pelbagai animasi yang telah dihasilkan seperti Ejen Ali, Upin & Ipin dan bermacam-macam lagi.

Menurut Pengarah animasi RoboZeta, Dzahiruddin Ahmad Zabidi, penerimaan rakyat Malaysia terhadap animasi sedang berkembang ketika ini.

“Bila kita tengok pada waktu dahulu orang mesti cakap “kartun” dan kartun ini untuk budak-budak tapi sekarang benda itu sudah berubah dan orang sudah lebih terdedah dengan animasi.

“Penerimaan animasi itu sudah diterima oleh orang dewasa sebab kita tengok animasi di Malaysia sudah semakin matang dan penerimaan orang semakin tinggi,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malakat Tribune hari ini

Pengurus Produksi, Mohd Hafiz Abd Samad (kiri) bersama Pengarah animasi RoboZeta, Dzahiruddin Ahmad Zabidi (kanan) dalam satu temu ramah bersama Malakat Tribune di sini, hari ini.  

Dalam pada itu, ditanya mengenai rancangan Red Circle Studio dalam menghasilkan animasi yang lebih matang, beliau berkata, terdapat perancangan untuk menghasilkan animasi sedemikian.

“Ikutkan sekarang ini kami sedang membina satu animasi untuk yang lebih matang dan fokus golongan untuk animasi itu lebih kepada orang dewasa.

“Kita tengok Jepun mereka dah hasilkan animasi yang lebih matang dan rakyat mereka terima benda itu sama juga di sini tetapi secara berperingkat.

“Bila kita hasilkan cerita itu akan lebih rumit dari segi skrip yang mencabar dan menelan belanja yang lebih kerana untuk menghasilkan animasi yang berkualiti kos itu agak tinggi,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here