GST: Rakyat sudah terhimpit sekarang – Hadi Awang

0
15
Tan Sri Abdul Hadi Awang

MARANG – Cadangan kerajaan untuk melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu mengambil kira semua aspek dan membuat pertimbangan sewajarnya.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebarang keputusan yang diambil kelak perlu mengambil kira kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Jangan kenakan cukai terhadap barangan asasi…rakyat sudah terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang berlaku sekarang.

“Pertimbangkan ia dengan cara yang saksama iaitu kesannya terhadap bebanan rakyat dan tanggungjawab (yang perlu dilakukan) kerajaan,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di Marang.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan GST.

Ia sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat selain GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here