Guru sekolah agama dituduh cabul pelajar

0
16
Gambar hiasan.

KUALA KRAI – Seorang guru di sebuah sekolah agama di sini ditahan selepas dipercayai mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan dua sejak Mac tahun 2020.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai jam 2.30 petang semalam susulan laporan polis dibuat mangsa pada hari sama.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek dikatakan twelak melakukan kejadian itu sebanyak tujuh kali pada 2020 sehingga Januari tahun lalu.

“Menerusi laporan yang dibuat, mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun mengatakan pada Mac 2020 semasa berada di hadapan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), mangsa terserempak dengan gurunya.

“Guru terbabit kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam keretanya dan meraba badan serta mencium mangsa beberapa kali.

“Pada Mei 2020 pula ketika mangsa berada Kampung Mambong, mangsa juga diganggu oleh guru berkenaan dengan gambar lucah yang dihantar melalui WhatsApp,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Muhamad Zaki berkata, mangsa turut memaklumkan kejadian sama berlaku Januari tahun lalu apabila suspek melakukan amang seksual terhadap mangsa dalam kawasan sekolah.

Menurutnya, susulan laporan dibuat mangsa, pihak polis menahan suspek iaitu guru Matematik dan Sains petang semalam.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman lima hari sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here