Hadiah mi segera perisa babi: Penganjur mohon maaf

0
93
Pek mi perisa daging babi yang diberikan penganjur kepada orang ramai dalam program derma darah di Batu Pahat, Johor

BATU PAHAT – Penganjur program derma darah yang mencetuskan kontroversi selepas memberikan beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang kepada orang ramai di pusat beli-belah di sini, kelmarin memohon maaf.

Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan, Lou Kok Meng berkata, perkara berkenaan tidak disengajakan dan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai kejadian terbabit.

“Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Menurutnya, ketika ini pihaknya hanya mampu memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada pengunjung yang datang menderma darah dalam program berkenaan dan akan memperbaiki keadaan.

Sebelum ini, portal ini melaporkan polis membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang ketika program derma darah di pusat beli-belah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here