Harga siling ayam RM9.40 sekilogram bermula Jumaat ini

0
15
Ayam segar yang dijual di Malakat Grocer, Malakat Mall

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling runcit bagi ayam standard di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram berkuatkuasa bermula 1 Julai ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar RM0.45 sen sebiji bagi gred A, gred B (RM0.43 sebiji) dan gred C (RM0.41 sebiji) di Semenanjung Malaysia.

“Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit bagi ayam standard malah keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 tahun ini malah bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ronald berkata, dengan pelaksanaan subsidi itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5
Februari lalu.

“Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

“Bagaimanapun, kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here