Hari Raya Aidiladha 10 Julai ini

0
55
Hari Raya Aidiladha bagi seluruh negara ditetapkan pada Ahad, 10 Julai ini.

CYBERJAYA – Hari Raya Aidiladha bagi seluruh negara ditetapkan pada Ahad, 10 Julai ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman hari ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Dulu-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 1 Julai 2022 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Julai 2020 Masihi. Sekian. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakuh.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here