Hause tawar sofa gaya terkini Eropah pada harga 30 peratus lebih rendah

0
13
Sofa yang menjadi penyeri utama keindahan ruang tamu sesebuah kediaman.

CYBERJAYA – Mencari sofa dengan kualiti terbaik dan reka bentuk terkini bukan perkara yang mudah terutama bagi mereka yang menitik beratkan penampilan dan dekorasi rumah.

Pilihan menjadi lebih ‘tepu’ apabila kebanyakan kedai perabot pada masa kini menawarkan rekaan-rekaan yang hampir sama dan tidak mengikuti perkembangan trend semasa.

Menyedari wujudnya permintaan yang tinggi dalam segmen itu, butik perabot Hause di Malakat Mall di sini menawarkan pilihan sofa dengan gaya terkini yang dibawa masuk dari Turki.

Pengasas Hause Living Sdn Bhd, Munirah Ismail berkata, syarikatnya merupakan pengimport pertama yang memasarkan sofa-sofa buatan Turki di Malaysia pada ketika ini.

Katanya, dalam lambakan perabot import dari China yang membanjiri pasaran, Hause menawarkan pilihan produk yang jauh lebih berkualiti pada harga berpatutan.

“Kami memilih produk-produk dari Turki kerana industri perabot seperti sofa dan meja di sana sangat sangat mementingkan kualiti malah menjadi antara pengeksport utama untuk pasaran Eropah.

“Jalinan perniagaan ini adalah hasil usaha Presiden Malakat Eco iaitu Mohd. Fadzil Hashim dengan pengilang di sana semasa kunjungan beliau ke negara itu pada tahun lalu.

“Selain jaminan kualiti dan reka bentuk berpiawaian Eropah, kos penghasilan yang lebih rendah membolehkan kami menawarkan harga kira-kira 30 peratus lebih rendah dari pasaran,” katanya pada sesi Live Facebook Sokonga Usahawan Kita di Malakat Mall hari ini.

Munirah Ismail

Munirah berkata, pada ketika ini Hause menawarkan beberapa jenis perabot antaranya sofa, sofabed, curved sofa, meja kopi, armchair, swivelchair dan katil.

“Harga yang kami tawarkan bagi sofa dengan ‘finishing’ baldu, fabrik tahan serapan air dan kulit sintetik bermula dari RM2,500 sehingga RM4,000.

“Jaminan kepuasan kepada pelanggan adalah pilihan reka bentuk yang mengikut trend antarabangsa. Produk seumpama ini mungkin ada di sesetengah butik perabot tetapi pada harga yang jauh lebih mahal.

“Selain itu bagi setiap produk, kami tawarkan jaminan selama dua tahun untuk sebarang kerosakan rangka dan satu tahun jaminan untuk kerosakan balutan fabrik,” katanya.

Antara perabot yang dipasarkan oleh Hause yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya.
Reka bentuk dan kualiti terbaik buatan Turki yang setanding dengan produk pasaran Eropah.
Pelbagai rekaan dan warna yang menanti pelanggan di Hause, Malakat Mall.

Munirah berkata, Hause yang mula beroperasi di Malakat Mall sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Jualan tertinggi kami adalah secara dalam talian dan alhamdulillah kini semakin ramai pelanggan bertandang ke butik kami untuk melihat produk-produk dengan lebih dekat.

“Kami kerap didatangi pelanggan yang begitu teliti dalam pembelian sofa dan ramai antara mereka yang memberi maklum balas positif pada harga yang kami tawarkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki sofa idaman mereka, pihaknya turut menawarkan skim bayaran secara ansuran selama tiga bulan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk yang ditawarkan Hause boleh mengunjungi laman Facebook dan Instagam Hause.my atau hubungi Munirah di talian 011-10949545 atau 0123499545 Zul Helmi.

Kekemasan rekaan yang ditawarkan pada harga mampu milik untuk pelanggan yang mempunyai citarasa tinggi dalam pemilihan sofa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here