Hina Rasulullah: MAIM gesa kerajaan India mohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia

0
30
Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) bersama 140 NGO menghantar memorandum bantahan penghinaan terhadap Islam kepada Kedutaan India di Jalan Pahang, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR– Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM ) menggesa Parti Bharatiya Janata Party (BJP) memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia khususnya di India susulan kenyataan jurucakap parti itu yang menghina Rasulullah SAW baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Ustaz Najhan Shahir Halim, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW adalah perbuatan yang bercanggah dengan nilai-nilai hak asasi beragama dan mengamal ajaran masing-masing yang dijamin hak asasi manusia.

“Penghinaan itu juga satu provokasi jahat yang mampu menggugat keharmonian sejagat dan ketidakstabilan Masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, MAIM bersama 140 NGO menghantar memorandum bantahan penghinaan terhadap Islam kepada Kedutaan India di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi MAIM Ustaz Masridzi Sat; Penasihat UmmahKamaruzaman Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong usaha dan tindakan tegas kerajaan Malaysia yang memanggil kedutaan India dan menyatakan bantahan rasmi terhadap kerajaan India serta berharap penghinaan ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang

Baru-baru ini, jurucakap BJP, Nupur Sharma, telah digantung daripada keahlian utama parti Ahad lalu selepas dilaporkan menghina baginda dan isterinya menerusi satu debat yang disiarkan menerusi televisyen.

Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal pula dibuang kerja akibat polemik tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here