Hina Rasulullah: YADIM gesa kerajaan India mohon maaf

0
35
Jurucakap Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur Sharma

CYBERJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menggesa kerajaan India memohon maaf ke atas umat Islam susulan kenyataan kontroversi jurucakap parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP) yang menghina Rasulullah SAW baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, penghinaan itu telah mencabar sensitiviti umat Islam antarabangsa dan bertentangan dengan sensitiviti kaum dan agama.

“YADIM ingin menyatakan kekesalan atas penghinaan terhadap Rasulullah dan sikap islamophobia yang dipamerkan oleh jurucakap parti pemerintah India”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati sebagai umat Islam, janganlah membalas penghinaan dengan menghina pula agama mereka.

“Kita hendaklah kita membalas tohmahan dan penghinaan tersebut dengan penuh ilmiah, fakta dan professional tambahan lagi, dunia kini yang mempunyai peradaban tidak sepatutnya berlaku penghinaan antara kaum, bangsa mahupun agama.

“Sikap toleransi dan harmoni antara kaum dan agama perlu dipraktis demi mengekalkan perpaduan dan kemajuan sesebuah bangsa dan negara bagi mengelakkan perbalahan dan ketegangan antara kaum mahupun agama”, katanya.

Terdahulu, jurucakap BJP, Nupur Sharma, telah digantung daripada keahlian utama parti Ahad lalu selepas dilaporkan menghina baginda dan isterinya Saidatina Aisyah menerusi debat minggu lalu di televisyen.

Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal pula dibuang kerja akibat polemik tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here