Jangan promosi produk di depan Kaabah

0
35
Idris Ahmad

PUTRAJAYA – Jemaah haji dan umrah dari negara ini dinasihat tidak melakukan sebarang aktiviti mempromosikan produk perniagaan ketika berada di depan Kaabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, jemaah haji tidak sepatutnya mengambil kesempatan itu untuk kepentingan peribadi sebaliknya memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk mendapat keredhaan Allah.

Beliau berkata, perbuatan mempromosikan produk atau perniagaan di depan Kaabah tidak juga boleh menganggu tumpuan jemaah lain untuk beribadat.

“Sepatutnya fokus kepada ibadah haji lebih-lebih lagi depan Kaabah, tempat mustajab untuk berdoa. Sepatutnya perkara seperti ini (berniaga dan promosi) tidak patut berlaku.

“Perbuatan ini kadang-kadang boleh mengganggu jemaah haji lain untuk beribadah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 kepada 148 kakitangan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini.

Trend mempromosi produk di depan Kaabah dalam kalangan jemaah di negara ini tular baru-baru ini dalam video TikTok sehingga mendapat kecaman umat Islam.

Ramai yang berpandangan perbuatan seperti itu sebagai mengambil kesempatan untuk ‘memperdayakan’ pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here