JDT zahir simpati insiden kemalangan dua pekerja pembersihan

0
166
Stadium Sultan Ibrahim

CYBERJAYA – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim FC (JDT) menyatakan simpati mereka di atas kemalangan maut yang menimpa dua kakitangan penyelenggaraan di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Ciapan di akaun Twitter rasmi JDT, JohorSouthernTigers memaklumkan, kedua-dua mangsa itu merupakan kakitangan syarikat pembersihan profesional yang diberi kontrak bagi menjalankan tugasan penyelenggaran stadium berkenaan.

“Kelab JDT menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi melibatkan dua pekerja dari syarikat pembersihan profesional yang dikontrakkan oleh JDT untuk menyelenggara fasiliti kami.

“Seluruh Keluarga JDT mengucapkan takziah kepada keluarga dua pekerja terbabit.kata kenyataan ringkas itu,” kata kenyataan ringkas itu.

Sementara itu, portal The Vibes yang memetik sumber berkata, kedua-dua mangsa dipercayai tergelincir lalu jatuh ketika sedang melakukan tugasan membersihkan sama ada bumbung stadium atau panel hiasan di dinding luar stadium.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here