Jemaah haji perlu jalani pemeriksaan Covid-19 72 jam sebelum ke Tanah Suci 

0
13
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan Arab Saudi menetapkan semua jemaah haji tahun ini perlu disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, prosedur pencegahan dan pengawalan penyakit yang ketat ini adalah susulan daripada pandemik Covid-19.

“Untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju untuk melaksanakan secara percuma ujian RT-PCR kepada semua jemaah haji Malaysia yang menjalankan ujian tersebut di fasiliti kesihatan KKM.

“Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya sendiri.

“Jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Tabung Haji Daerah dan fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan RT-PCR ini,” katanya.

Beliau, dalam pada itu, turut mendoakan segala persiapan dan perjalanan jemaah haji Malaysia dipermudahkan, selamat dan lancar.

Pada tahun ini, Arab Saudi memperuntukkan kuota kepada seramai 14,306 orang jemaah haji dari Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here