Jenazah Allahyarham Adibah Noor selamat disemadikan

0
38
Jenazah Allahyarham Adibah Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai

KUALA LUMPUR – Jenazah penyanyi dan pelakon terkenal, Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai pada pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah penyanyi lagu “Terlalu Istimewa” itu sebelum itu dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al Ansar di sini.

Dalam pada itu, ratusan hadirin hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Antara yang hadir ialah bapa kepada arwah, Mohamed Omar dan ahli keluarga lain.

Selain itu, antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 7.45 malam semalam di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.

Pemergian Allahyarham mengejutkan peminat di seluruh negara kerana arwah tidak pernah menghebahkan mengenai kesakitan yang dialaminya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here