JKNS siasat dakwaan cuai punca kematian bayi baharu dilahirkan

0
9
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat dakwaan berlaku kecuaian yang mengakibatkan kematian seorang bayi baru dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada Ahad lalu.

Dalam mesej yang dipercayai ditulis oleh ahli keluarga mangsa di media sosial semalam, pihak hospital didakwa lambat bertindak untuk melakukan pembedahan sehingga menyebabkan kematian kepada bayi selepas dilahirkan,

Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin dalam satu kenyataan hari ini
mengesahkan berlaku kematian bayi baru dilahirkan di hospital berkenaan dan siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan.

“Terlebih dahulu pihak JKNS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini.

“Pihak JKNS mengesahkan insiden itu berlaku di HWKKS pada 19 Jun 2022. Siasatan terperinci dan telus sedang dijalankan oleh pihak jabatan ini.

“Adalah dimaklumkan ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beliau sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Rose Nani berkata, pihak JKNS mengambil perhatian serius terhadap kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi menambah baik mutu perkhidmatan hospital.

Dakwaan yang tular di media sosial itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang bersimpati terhadap kejadian menimpa keluarga bayi malang terbabit selain ada yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here