Jokowi pecat Menteri Perdagangan Indonesia

0
128
MUHAMMAD LUTFI

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini memecat Menteri Perdagangan, Muhammad Lutfi susulan kontroversi beberapa siri pembalikan dasar eksport minyak sawit.

Berikutan itu, Presiden yang terkenal dengan panggilan Jokowi itu turut mengumumkan rombakan kabinet dan melantik Pengerusi Parti Amanat Negara dan bekas Menteri Perhutanan, Zulkifli Hasan sebagai pengganti Muhammad Lutfi.

JOKOWI

Muhammad Lutfi sebelum ini didakwa berdolak-dalik dalam melaksanakan dasar untuk membendung lonjakan harga minyak masak domestik, termasuk larangan penghantaran minyak sawit daripada pengeksport terbesar dunia itu.

Larangan eksport selama tiga minggu itu menimbulkan kejutan di pasaran global dan membawa kepada beberapa siri tangkapan atas dakwaan rasuah sebelum ia ditarik balik pada 23 Mei.

Jokowi berkata, “rekod prestasi panjang” dan “pengalaman lapangan” memberinya keyakinan bahawa Zulkifli akan menyelesaikan isu tersebut.

Menteri baharu itu berikrar untuk “menyelesaikan dengan pantas” isu berkenaan sejurus selepas pelantikannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here