Kanak-kanak 5 tahun maut disengat tebuan

0
36
Bapa mangsa menunjukkan gambar kenangan bersama Eidrish Mohd Khalid, 5, dan dua kakaknya.

KUALA NERUS – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut maut manakala dua kakaknya cedera selepas disengat tebuan, di Kampung Tok Jembal, kira-kira pukul 5.40 petang semalam.

Mangsa, Eidrish Mohd Khalid, 5, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11.20 malam tadi selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan.

Bapa mangsa, Mohd Khalil Omar, 40, berkata ketika kejadian, dia bersama isteri Norliza Shaparuddin, 36, dan tiga anaknya sedang bercuti di kampung dan merancang untuk bertolak pulang ke Ipoh kira-kira 6 petang.

Bagaimanapun, ketika bersiap-siap untuk pulang, dia didatangi anak sulungnya Nur Adelya Qaisara, 10, memaklumkan adiknya diserang tebuan yang keluar dari sarang di bawah rangka pelantar jeti terapung terbiar di kawasan berkenaan.

“Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ke tempat kejadian dan melihat Eidrish sudah terbaring di tanah dengan tebuan penuh satu badan.

“Ketika saya mendukungnya naik ke rumah, dia (Eidrish) masih bernyawa, tetapi sangat lemah dan kaku tidak menjerit atau menangis,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mohd. Khalid berkata, selain Eidrish, dia dan dua lagi anaknya, Nur Adelya Qaisara dan Nur Aiyris Dania, 7, turut terkena sengatan tebuan tanah dalam kejadian itu.

Tambahnya, mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini oleh ahli keluarga bagi menerima rawatan.

“Eidrish, Nur Adelya Qaisara dan Nur Aiyris Dania ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebu manakala saya pula di wad biasa.

“Saya gagahkan diri turun ke ICU apabila dimaklumkan Eidrish semakin tenat sebelum dia meninggal dunia di hadapan saya pada pukul 11.40 malam tadi,” katanya.

Mohd. Khalid berkata, jenazah Eidrish selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir di sini pada pukul 10 pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here