Kanak-kanak lelaki 3 tahun maut terjatuh dari tingkat 10

0
10
ACP Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur petang ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai dalam satu kenyataan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa memanjat tingkat bilik air di unit kediaman berkenaan.

Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kemalangan terbabit kira-kira jam 3.30 petang tadi.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat tiga kondomium itu. Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

“Mangsa dipercayai membuka tingkap tandas sebelum menyusup keluar dan terjatuh di perimeter laluan bomba di tingkat tiga,” katanya.

Difahamkan ibu mangsa yang berusia 32 tahun kemudian turun memaklumkan kepada pengurusan mengenai kejadian itu.

Beh berkata, polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut berhubung kejadian itu.

Mayat mangsa dibawa keluar oleh ibu mangsa pada kira-kira jam 7.30 malam sebelum menaiki kenderaan polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here