Karnival Cuti [email protected] Mall beri peluang murid sekolah tunjuk bakat 

0
25
Karnival Cuti Sekolah @Malakat Mall 4-12 Jun ini.

CYBERJAYA – Sempena dengan cuti penggal persekolah yang bakal bermula esok, Malakat Mall bakal mengadakan Karnival Cuti Sekolah @Malakat Mall dengan pelbagai aktiviti bakal diadakan di sini sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail, Malakat Mall bakal memberikan peluang kepada anak-anak untuk melakukan persembahan di pentas secara terbuka.

“Mereka boleh gunakan pentas untuk menyanyi, bernasyid, main alat muzik seperti gitar, drum, piano dan lain-lain.

“Nak buat public speaking, story telling, choral speaking, baca Al-Quran, tadarus pun boleh agar mereka boleh bina keyakinan diri melakukan persembahan di atas pentas.

“Tea Amo Cafe juga akan buat rancangan bintang kecil TV untuk anak-anak sekolah belajar macam mana proses menghasilkan air boba,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, terdapat juga aktiviti untuk murid sekolah menengah seperti pengalaman melakukan latihan industri di food and beverage (F&B), Malakat Grocer dan kedai runcit untuk memberikan mereka pengalaman bekerja di sektor itu.

“Tayangan animasi di skrin besar, aktiviti mewarna, penampilan istimewa maskot, kereta mainan elektrik dan bouncy castle juga antara aktiviti yang bakal diadakan.

“Aktiviti ini terbuka kepada semua peringat umur daripada tadika sehinggalah ke peringkat sekolah menengah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here