Kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kos sara hidup, Malaysia diambang stagflasi 

0
112
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil tindakan drastik bagi memastikan ekonomi negara berada di landasan yang betul susulan amaran risiko stagflasi oleh ahli akademik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata, Malaysia dalam risiko stagflasi susulan dasar kerajaan yang tidak jelas dalam menyelesaikan masalah pekerjaan, krisis makanan, kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kos sara hidup, dan pengaliran keluar pelabur asing.

“Pagi ini saya membaca posting Tan Sri Noor Azlan Ghazali (pakar ekonomi negara), beliau memberikan data seperti yang saya lampirkan.

“Tulisnya keadaan ekonomi Malaysia sekarang ialah dalam keadaan Risk of Stagflation susulan Bank Dunia telah menurunkan ramalan pertumbuhan global sebanyak hampir satu pertiga kepada 2.9 peratus bagi tahun 2022.

“Stagflasi dalam bahasa mudah ialah pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan pengangguran yang agak tinggi, dan pada masa yang sama disertai dengan kenaikan harga iaitu inflasi.

“Begitulah keadaan ekonomi negara sekarang, Itu belum lagi dinilai kesan kenaikan interest rate AS yang diumumkan semalam terhadap nilai ringgit dan ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar kementerian untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menjengkelkan apabila menjawab teguran dan rungutan rakyat

“Suburkan perkataan prestasi, prestasi, produktiviti, keefisienan kerja di kementerian masing-masing dan paling penting, jangan lagi keluarkan kenyataan yang menjengkelkan apabila menjawab teguran dan rungutan rakyat,” ujarnya lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here