Kerana harta pusaka, seorang ibu maut dikerat 15 bahagian oleh anaknya

0
233
Polis

PARIT BUNTAR – Seorang wanita warga emas maut dibunuh dengan dikerat kepada 15 bahagian oleh anaknya sendiri selepas polis menemui potongan daging menyerupai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, kira-kira jam 3.30 petang, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan daging dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

“Susulan itu, pihak polis menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Kita (polis) turut merampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembunuhan itu,” katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

“Suspek dan ibunya (mangsa) sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematian bapanya. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kepada mangsa terhadap pembahagian harta pusaka.

“Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here