Kerugian cecah RM720,000 hasil ‘lombong’ haram bitcoin – Suruhanjaya Tenaga

0
42
Timbalan Pengarah Unit Perancangan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga Ahmad Tazmin Mohd Noordin meninjau lubuk melombong bitcoin selepas membuat serbuan ke atas beberapa buah premis perniagaan di Kota Warisan kerana disyaki melakukan kegiatan penggunaan elektrik secara curang. – Foto Farid Janudin/1 Jun 2022

SEPANG – Suruhanjaya Tenaga (ST) menyerbu empat premis kerana dipercayai menjalankan kegiatan perlombongan mata wang digital bitcoin secara haram di sini hari ini.

Serbuan dilakukan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan pihak bomba.

Menurut Timbalan Pengarah Unit Perancangan dan Pengelarasan Penguatkuasaan ST, Ahmad Tazmin Noordin, pihak ST merampas 72 unit mesin melombong Bitcoin di empat buah premis yang berasingan.

Timbalan Pengarah Unit Perancangan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga Ahmad Tazmin Mohd Noordin (kiri) memeriksa suis utama ketika meninjau lubuk melombong bitcoin selepas membuat serbuan ke atas beberapa buah premis perniagaan di Kota Warisan kerana disyaki melakukan kegiatan penggunaan elektrik secara curang. – Foto Farid Janudin/1 Jun 2022

“Operasi hari ini diangotai oleh lebih kurang 50 orang anggota dengan anggaran sebanyak 72 unit mesin melombong bitcoin yang telah dirampas.

“Anggaran kerugian yang telah ditanggung pula adalah sebanyak RM30,000 bagi setiap premis dan RM720,000 dalam tempoh enam bulan.

“Operasi ini kami telah intip selama enam bilan dan telah mengambil tindakan terhadap empat premis yang mana tiga premis ada melakukan kecurian elektrik dan satu premis dalam proses untuk masuk elektrik,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, Malakat Tribune yang turut serta dalam tinjauan itu mendapati semua premis telah ditinggalkan kosong sebelum serbuan dilakukan.

Agensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) cuba memotong pintu besi sebuah premis ketika membuat serbuan ke atas beberapa buah premis perniagaan yang menjadi lubuk melombong bitcoin di Kota Warisan kerana disyaki melakukan kegiatan penggunaan elektrik secara curang. – Foto Farid Janudin/1 Jun 2022

Pihak ST juga menyarankan mana mana pihak yang mendapati bekalan elektrik mereka diganggu agar melaporkan kepada TNB atau ST untuk tindakan diambil.

Dalam pada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 37(1), 37(3), 37(14) dan Akta Bekalan Elektrik (Akta 447) Kanun Keseksaan.

Bagi pengguna domestik boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi pengguna bukan domestik boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here