KKM beri jaminan tiada gangguan bekalan ubat-ubatan

0
3
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan tiada ubat-ubatan mengalami gangguan bekalan secara menyeluruh.

Menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A. Halim, ini kerana kebanyakan produk mempunyai alternatif dari pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi yang sama.

“Maklumbalas yang diterima daripada pihak industri menunjukkan terdapat peningkatan permintaan yang mendadak bagi beberapa jenis ubat-ubatan seperti produk dengan bahan aktif paracetamol (bagi rawatan demam dan sakit yang ringan), vitamin C serta ubat batuk dan selsema untuk kegunaan kanak-kanak.

“Namun, pada masa ini, tiada produk yang mengalami gangguan bekalan secara menyeluruh kerana kebanyakan produk mempunyai alternatif dari pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, KKM melalui Program Perkhidmatan Farmasi telah mengadakan perjumpaan
dengan pihak industri farmaseutikal, iaitu Malaysian Organisation of Pharmaceutical
Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) pada 2 Jun lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa beberapa jenis ubat mengalami kekurangan di pasaran ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here