Konsultan Quantum Metal dipelawa berbelanja di Malakat Mall

0
389
Ahli Quantum Metal berbelanja menggunakan emas di Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco mempelawa ahli atau konsultan Quantum Metal untuk berbelanja menggunakan emas di Malakat Mall sebagai usaha memupuk kesedaran masyarakat menyimpan emas.

Presidennya, Mohd Fadzil Hashim berkata, pusat beli belah yang terletak di Cyberjaya itu mula menerima kaedah pembayaran menggunakan nilai emas Quantum Metal pada minggu lalu yang membolehkan pengguna berbelanja tanpa tunai.

“Assalammualaikum wbt!. Nama saya Mohd Fadzil Hashim a.k.a Coach Fadzil. Pengasas Kumpulan Malakat dan Brainy Bunch.

“Saya ingin menjemput semua Consultant QM untuk datang ke Malakat Mall dan mula berbelanja dengan menggunakan EMAS,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Menurut Mohd. Fadzil, pengalaman berbelanja termasuk di semua premis perniagaan milik Malakat Eco juga membuktikan skim pelaburan itu diiktiraf dan semakin meluas.

Dalam pada itu katanya, bukti perbelanjaan menggunakan ‘matawang’ emas juga dapat dijadikan bukti untuk menarik lebih ramai menyertai program itu.

“Inilah peluang kepada kita semua menunjukkan kepada “Client’kita bagaimana EMAS bukan sekadar disimpan tetapi dapat digunakan untuk membeli barangan runcit, keperluan asas, pakaian dan lain-lain.

“Mohon gunakan #BelanjaGunaEmasQM jika berkongsi di media sosial,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Fadzil menyeru orang ramai menyertai gelombang #KembaliKepadaGold secara bersama.

“Semoga usaha kita dalam mendidik, membimbing dan membantu masyarakat menyimpan Emas dipermudahkan dan diberkati Allah!

“Jumpa ANDA di Malakat Mall Cyberjaya! Alami sendiri berbelanja menggunakan Emas QM!,” katanya.

Malakat Eco pada Jumaat lalu memperkenalkan kaedah pembayaran menggunakan emas Quantum Metal sebagai usaha memberi kesedaran kepada orang ramai menggunakan platform berkenaan untuk menyelamatkan ‘nilai’ wang daripada kesan inflasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here