Kos subsidi 2022 berjumlah RM77.3 bilion, tertinggi dalam sejarah – Tengku Zafrul

0
11
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz

CYBERJAYA – Unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang setakat ini berjumlah RM77.3 bilion bagi tahun ini merupakan jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, subsidi kepenggunaan itu meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dan bil subsidi.

“Apabila ditambah dengan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) (RM11.7 bilion) dan lain lain-lain subsidi (RM14.6 bilion), jumlah keseluruhan subsidi setakat ini adalah RM77.3 bilion bagi tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, perkara ini juga mengambil kira pengumuman oleh kerajaan baru-baru ini mengenai bantuan tunai tambahan RM630 juta, yang meningkatkan jumlah BKM fasa dua bagi golongan berpendapatan rendah kepada RM1.74 bilion mulai 27 Jun 2022 ini.

Selain itu, menyentuh mengenai pemberian subsidi elektrik bernilai RM5.8 bilion untuk separuh tahun kedua ini, katanya, langkah itu adalah bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Julai ini.

“Kerajaan peka kepada kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan kepada rantaian bekalan global dan konflik Ukraine-Rusia, yang telah mengakibatkan impak kenaikan harga barangan asas kepada kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

“Sehubungan itu, subsidi kerajaan bertujuan untuk menampung kos sara hidup rakyat. Kerajaan juga ingin memaklumkan bahawa bagi subsidi
menyeluruh meliputi petrol, diesel, air dan elektrik turut memberi manfaat beaar kepada golongan M40 dan T20.

“Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here