KPM lanjut pengecualian sewa kantin sekolah

0
12
Dr Mohd Radzi Md Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan lanjutan tempoh pengecualian bayaran sewa bagi pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah-sekolah KPM bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2022 ini.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa yang masih dalam peringkat pemulihan akibat pandemik Covid-19.

“Keadaan sejak dua tahun lalu merupakan tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah-sekolah KPM.

“Justeru KPM telah membuat keputusan bahawa pengecualian sewa bagi premis KPM dilanjutkan bermula 1 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022,” katanya dalam kenyataan video di Facebooknya hari ini.

Radzi berkata, KPM yakin lanjutan tempoh selama 6 bulan itu akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin, penyewa premis sekolah dan seluruh warga sekolah KPM.

Isu kadar sewa kantin sekolah baru-baru ini dikaitkan dengan kerugian ditanggung pengusaha ekoran kenaikan harga barang asas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here